Followers

Thursday, July 12, 2012

Sejarah Saya

Saya dilahirkan dengan berat 4.0kg pada 28 Julai 1988 di Parit Jamil Muar.

Saya membesar sebagai kanak-kanak yang normal, kuat menangis dan banyak cakap.

Dulu kecil-kecil berangan nak jadi peguam, pensyarah, kerja pejabat atau penjual kuih. Suka duduk berangan atas buai dan bercakap sorang-sorang. Kononya dihadapan saya itu ramai orang yang sedang khusyuk mendengar. Dunia fantasi saya.

Alhamdulillah bila dah besar, Allah lorongkan perjalanan saya untuk menjadi seorang doktor. Kalau tanya saya berminat dalam bidang kedoktoran apa? Saya akan menjawab buah pinggang. Saya bercita-cita ingin menjadi Nephrologist (Pakar Buah Pinggang). Tapi saya juga terinspirasi dengan doktor kesayangan saya Dr. Yusof Ajlouni seorang Gastroenterologist (Pakar Saluran Pemakanan). Jadi saya berdoa kepada Allah untuk memberi saya ilham yang sempurna.

Ok itu sejarah akademik saya.

Saya perasan saya membesar dengan tidak normalnya semasa saya darjah 3. Sewaktu itu saya adalah manusia yang besarnya seperti murid darjah 6. Sebab saya lihat kawan-kawan saya semuanya bertubuh kecil. Saya tidak tahu sama ada sebab rangka saya besar atau saya suka makan. Bila saya tingkatan 1, saya duduk jauh dari keluarga, bersekolah di sebuah sekolah tahfiz di Pasir Gudang. Disana duduk seronok dengan kawan-kawan lebih mengepamkan diri saya saya menjadi separa bulat.

Bila saya tingkatan 2, ibu saya pindahkan saya ke sekolah tinggi di daerah saya menetap. Disebabkan itu sekolah menengah biasa, maka kawan-kawan saya pun bersaiz biasa. Tidak ramai yang bersaiz luar biasa seperti saya. Saya paling tidak suka masa hari sukan sebab perlu memakai baju sukan dan seluar. Dengan tubuh badan saya yang besar ketika itu, menambahkan lagi sifat malu saya.

Bila saya mula menjejaki university pada tahun 2006, berat saya adalah 80 kg. Semasa saya di tahun 3 (2009), ayah saya mencabar saya:

ANGAH, AWAK NAK JADI DOKTOR NAK NASIHAT ORANG JADI SIHAT. JADI AWAK LA YANG KENE SIHAT DULU

Oh rasanya seperti tercampak dan terpukul. Maka dari saat itu saya berazam untuk hidup secara sihat dan menurunkan BMI saya yang ketika itu mencecah obesity.

Obesity? Ya bukan overweight lagi. Dengan ketinggian saya 157cm, dan berat saya 80kg dan BMI saya adalah 32.5 saya dikira obese.

Jadi bermula tahun 2009. Saya mula berdiet tanpa sebarang produk dan ilmu.

 Dibawah ini adalah gambar-gambar saya masa 2008 dan 2009.



Gambar muka saya itu warnakan pink sebab saya seorang yang berwajah pink. Hehe.

Sebenarnya saya seorang yang pemalu, saya malu untuk ditatap oleh pembaca-pembaca sekalian, maka saya warnakan muka saya. Saya harap semua menghormatinya.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment