Followers

Tuesday, August 21, 2012

Selamat Hari Raya

Alhamdulillah dapat cuti raya 2 hari walaupun baru seminggu kerja.

Saya makan dengan sangat dahsyat masa hari raya pertama dan hari raya kedua. Saya tak takut gemuk sbb saya tahu kalori saya akan terbakar dengan sangat banyak bila di hospital nanti.

Jadi doctor memang best sbb tolong orang dalam kesusahan. Alhamdulillah.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, August 7, 2012

Air

Bekalan air saya untuk induksi selama 4 hari. :-)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tips diet: Minum banyak air

Kamu tahu air adalah element yang sangat penting untuk menghasilkan diet yang berkesan. Saya akan meminum 4 liter sehari. Malam-malam sebelum saya tidur, saya dah sediakan satu botol air 1 liter, letakkan tepi katil. Lepas buang air dan menimbang berat pada hari tersebut, saya akan minum air itu dan cuba untuk habiskannya. Yelah bangun tidur kan haus.
Dan tahukah anda, minum air kosong di waktu pagi bagus untuk meningkatkan metabolasi badan? Ha cubalah.

Memanglah akan terkencing-kencing.Tapi bagus apa buang toksin dari badan.

Bulan puasa ini, saya bangun awal pagi. Ramadhan kan.. Jadinya di waktu sahur saya minum 2 liter air, buka puasa nnti lagi 2 liter.

Kalau rasa nak kencing pun, hanya 2 jam pertama je. Lepas jam 8 pm, saya rasa selesa dan tidak perlu kerap ke tandas.

Well, nak berdiet pun perlukan perancangan masa yang bijak. Terutama untuk pundi kencing kita. Jangan tahan kencing ya kawan- kawan..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Induksi

Salam hye. Saya sudah dipanggil untuk bekerja harini. Hari ini insyaAllah saya akan menghadiri kursus induksi di Cheras dari 7 Ogos - 10 Ogos. Terasa cuak pula.

Saya mungkin tak dapat nak update blog ini secra kerap selepas ini. Tapi harapnya ia tak melemahkan semangat kalian untuk berdiet tanpa produk.

Selamat!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, July 17, 2012

Terima Kasih Ibu :)

Alhamdulillah. Selepas seminggu lebih saya ber-Atkin diet, saya sudah turun 4kg. Anda bila lagi?

Saya tiada menu tertentu. Saya hanya makan apa yang ibu saya masak. Disebabkan ibu seorang yang sibuk, maka ibu akan menyiapkan nasi dan lauk untuk sarapan dan makan tengahari kami. Jadi dari kecil, setiap kali sarapan saya memang akan sarapan nasi.

Untuk menu diet saya, saya akan ambil lauk tanpa nasi. Sangat mudah dan tidak menyeksa jiwa.

Untungnya, kerana ibu memahami saya sedang berdiet, maka ibu tidak memasukkan sos tiram atau sos cili kedalam masakkannya.

Terima kasih ibu :)

Untuk snack, saya akan rebus 3 batang sosej jenama ramly (satu batang =1.6g karbohydrat) dan 1-2 keping cheese jenama Chesdale (satu keping = 0.7g karbohidrat)

Ingat, anda hanya boleh mengambil 20g karbohidrat dan makanlah apa sahaja, jangan berlapar asalkan anda tidak lebih 20g karbohidrat.

Mudahkan? Selamat mencuba !

Atkin diet in progress...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, July 12, 2012

Kenapa Kurus Tanpa Produk ?

Pertama-tamanya sekali saya ingin mengingatkan pembaca. Saya bukan penentang kepada produk-produk kurus di pasaran. Malah saya pernah menggunakannya. Tujuan saya mewujudkan blog ini adalah atas tanggungjawab saya sebagai pengamal perubatan yang ingin membawa semua warga Malaysia terutamanya Muslim untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mendapatkan berat badan yang ideal.

Sewaktu saya dijemput untuk memberi ceramah tentang Diet Rasulullah, saya tekan kan kepada para hadirin ketika itu:

KURUS TAK BERMAKNA SIHAT. SIHAT TAK BERMAKNA KURUS.

Jadi mentaliti seperti ini harus ditukar. Saya tak membawa para pembaca untuk terlalu obses menjadi kurus. Saya ingin membawa para pembaca blog saya untuk amalkan hidup secara sihat. Bila tubuh badan sihat dan mendapat berat yang ideal, kita jadi seronok untuk beribadah.

Silapnya kita sebagai muslim, bila kita dah kurus, kita mula pakai baju ketat di khalyak ramai. Baju yang selama ini bila kita gemuk kita tak mampu menyarunginya, jadi bila dah kurus kita seakan-akan melepaskan kegembiraan kita kepada satu dunia: HEY WARGA DONIAA, LIHATLAH AKU YANG BARU DAN SUDAH KURUS INI !

Saya tak kata anda. Baguslah kalau anda bukan begitu :)

Jadi sebagai Muslim, pertama sekali yang perlu dimatlamatkan adalah, KENAPA SAYA MAHU KURUS? KENAPA SAYA MAHU SIHAT?

Bukankah antara 10 sifat individu muslim itu adalah sihat tubuh badannya :)

Bila kita ada determination, matlamat yang jelas kita takkan mudah mengalah. Malah lebih berdisiplin. Dan tak perlukan coach pun untuk memantau kesihatan dan penurunan berat badan kita.

Dan pokoknya untuk turunkan berat badan atau naikkan berat badan, kita perlu ada ilmu. Ilmu yang boleh didapati daripada pembacaan atau seminar-seminar kesihatan. Antara buku-buku yang bagus saya dah promote di sini

Sekali lagi saya tekankan, saya bukan penentang MLM seperti aidid muaddib. Saya juga bukan penentang Herbalife, Premium Beautiful, Susu 1 alpha atau banyak lagi produk-produk untuk kurus dipasaran. Sebab saya pernah guna Herbalife, saya pernah guna Premium Beautiful, saya pernah guna losyen halia. Kalau anda pengguna barang-barang ini dan mahu terus menggunakannya, anda tersalah masuk blog. 

Saya cuma seorang pengamal perubatan yang suka untuk membimbing dan mengajak rakyat Malaysia untuk hidup secara sihat dan mendapatkan berat badan yang ideal. Berat saya pun masih belum ideal. Saya juga sedang ber Atkin diet sekarang. Jadi sebelum anda jumpa saya di hospital mengadu sakit jantung, darah tinggi, kencing manis atau apa-apa penyakit yang datang dari pemakanan yang salah, adalah lebih baik kita mencegahnya. Tak gitu adik, abang, kakak, pakcik, makcik, datuk, nenek ?

Tan Sri Puan Sri takpe, diaorang ada duit banyak nak kuruskan badan boleh beli produk2 denggan mudah atau pergi sahaja ke pusat perlangsingan badan. 

Kita rakyat biasa, pemakanan pun biasa. Jadi mari kita guna cara yang biasa tapi strategi yang luar biasa.

Harap jelas ya kenapa blog ini diwujudkan.

Dan satu lagi, produk yang dimaksudkan di blog ini adalah produk-produk untuk menguruskan badan. Kalau ada saya promote tentang supplement makanan kesihatan, jangan pula ada yang menghentam saya dan berkata : Aii, KATA NAK SIHAT TANPA PRODUK.

Jadi blog saya, kamus saya. Ini syarat yang perlu anda terima.