Followers

Tuesday, July 17, 2012

Terima Kasih Ibu :)

Alhamdulillah. Selepas seminggu lebih saya ber-Atkin diet, saya sudah turun 4kg. Anda bila lagi?

Saya tiada menu tertentu. Saya hanya makan apa yang ibu saya masak. Disebabkan ibu seorang yang sibuk, maka ibu akan menyiapkan nasi dan lauk untuk sarapan dan makan tengahari kami. Jadi dari kecil, setiap kali sarapan saya memang akan sarapan nasi.

Untuk menu diet saya, saya akan ambil lauk tanpa nasi. Sangat mudah dan tidak menyeksa jiwa.

Untungnya, kerana ibu memahami saya sedang berdiet, maka ibu tidak memasukkan sos tiram atau sos cili kedalam masakkannya.

Terima kasih ibu :)

Untuk snack, saya akan rebus 3 batang sosej jenama ramly (satu batang =1.6g karbohydrat) dan 1-2 keping cheese jenama Chesdale (satu keping = 0.7g karbohidrat)

Ingat, anda hanya boleh mengambil 20g karbohidrat dan makanlah apa sahaja, jangan berlapar asalkan anda tidak lebih 20g karbohidrat.

Mudahkan? Selamat mencuba !

Atkin diet in progress...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, July 12, 2012

Kenapa Kurus Tanpa Produk ?

Pertama-tamanya sekali saya ingin mengingatkan pembaca. Saya bukan penentang kepada produk-produk kurus di pasaran. Malah saya pernah menggunakannya. Tujuan saya mewujudkan blog ini adalah atas tanggungjawab saya sebagai pengamal perubatan yang ingin membawa semua warga Malaysia terutamanya Muslim untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mendapatkan berat badan yang ideal.

Sewaktu saya dijemput untuk memberi ceramah tentang Diet Rasulullah, saya tekan kan kepada para hadirin ketika itu:

KURUS TAK BERMAKNA SIHAT. SIHAT TAK BERMAKNA KURUS.

Jadi mentaliti seperti ini harus ditukar. Saya tak membawa para pembaca untuk terlalu obses menjadi kurus. Saya ingin membawa para pembaca blog saya untuk amalkan hidup secara sihat. Bila tubuh badan sihat dan mendapat berat yang ideal, kita jadi seronok untuk beribadah.

Silapnya kita sebagai muslim, bila kita dah kurus, kita mula pakai baju ketat di khalyak ramai. Baju yang selama ini bila kita gemuk kita tak mampu menyarunginya, jadi bila dah kurus kita seakan-akan melepaskan kegembiraan kita kepada satu dunia: HEY WARGA DONIAA, LIHATLAH AKU YANG BARU DAN SUDAH KURUS INI !

Saya tak kata anda. Baguslah kalau anda bukan begitu :)

Jadi sebagai Muslim, pertama sekali yang perlu dimatlamatkan adalah, KENAPA SAYA MAHU KURUS? KENAPA SAYA MAHU SIHAT?

Bukankah antara 10 sifat individu muslim itu adalah sihat tubuh badannya :)

Bila kita ada determination, matlamat yang jelas kita takkan mudah mengalah. Malah lebih berdisiplin. Dan tak perlukan coach pun untuk memantau kesihatan dan penurunan berat badan kita.

Dan pokoknya untuk turunkan berat badan atau naikkan berat badan, kita perlu ada ilmu. Ilmu yang boleh didapati daripada pembacaan atau seminar-seminar kesihatan. Antara buku-buku yang bagus saya dah promote di sini

Sekali lagi saya tekankan, saya bukan penentang MLM seperti aidid muaddib. Saya juga bukan penentang Herbalife, Premium Beautiful, Susu 1 alpha atau banyak lagi produk-produk untuk kurus dipasaran. Sebab saya pernah guna Herbalife, saya pernah guna Premium Beautiful, saya pernah guna losyen halia. Kalau anda pengguna barang-barang ini dan mahu terus menggunakannya, anda tersalah masuk blog. 

Saya cuma seorang pengamal perubatan yang suka untuk membimbing dan mengajak rakyat Malaysia untuk hidup secara sihat dan mendapatkan berat badan yang ideal. Berat saya pun masih belum ideal. Saya juga sedang ber Atkin diet sekarang. Jadi sebelum anda jumpa saya di hospital mengadu sakit jantung, darah tinggi, kencing manis atau apa-apa penyakit yang datang dari pemakanan yang salah, adalah lebih baik kita mencegahnya. Tak gitu adik, abang, kakak, pakcik, makcik, datuk, nenek ?

Tan Sri Puan Sri takpe, diaorang ada duit banyak nak kuruskan badan boleh beli produk2 denggan mudah atau pergi sahaja ke pusat perlangsingan badan. 

Kita rakyat biasa, pemakanan pun biasa. Jadi mari kita guna cara yang biasa tapi strategi yang luar biasa.

Harap jelas ya kenapa blog ini diwujudkan.

Dan satu lagi, produk yang dimaksudkan di blog ini adalah produk-produk untuk menguruskan badan. Kalau ada saya promote tentang supplement makanan kesihatan, jangan pula ada yang menghentam saya dan berkata : Aii, KATA NAK SIHAT TANPA PRODUK.

Jadi blog saya, kamus saya. Ini syarat yang perlu anda terima.

Calorie Counter

Saya nak perkenalkan satu website yang bagus. Tak kisah samada anda berdiet guna cara Kevin, atau Atkin diet atau Herbalife diet atau apa-apa diet sekalipun. Saya pasti semuanya itu mewajibkan kita mengira bilangan kalori atau carbohydrate yang di ambil.

Maka antara website yang saya guna dan bagus juga lengkap adalah:

http://caloriecount.about.com/

Tak perlu sign up. Terus key in nama makanan yang kita nak cari. 

Sejarah Saya

Saya dilahirkan dengan berat 4.0kg pada 28 Julai 1988 di Parit Jamil Muar.

Saya membesar sebagai kanak-kanak yang normal, kuat menangis dan banyak cakap.

Dulu kecil-kecil berangan nak jadi peguam, pensyarah, kerja pejabat atau penjual kuih. Suka duduk berangan atas buai dan bercakap sorang-sorang. Kononya dihadapan saya itu ramai orang yang sedang khusyuk mendengar. Dunia fantasi saya.

Alhamdulillah bila dah besar, Allah lorongkan perjalanan saya untuk menjadi seorang doktor. Kalau tanya saya berminat dalam bidang kedoktoran apa? Saya akan menjawab buah pinggang. Saya bercita-cita ingin menjadi Nephrologist (Pakar Buah Pinggang). Tapi saya juga terinspirasi dengan doktor kesayangan saya Dr. Yusof Ajlouni seorang Gastroenterologist (Pakar Saluran Pemakanan). Jadi saya berdoa kepada Allah untuk memberi saya ilham yang sempurna.

Ok itu sejarah akademik saya.

Saya perasan saya membesar dengan tidak normalnya semasa saya darjah 3. Sewaktu itu saya adalah manusia yang besarnya seperti murid darjah 6. Sebab saya lihat kawan-kawan saya semuanya bertubuh kecil. Saya tidak tahu sama ada sebab rangka saya besar atau saya suka makan. Bila saya tingkatan 1, saya duduk jauh dari keluarga, bersekolah di sebuah sekolah tahfiz di Pasir Gudang. Disana duduk seronok dengan kawan-kawan lebih mengepamkan diri saya saya menjadi separa bulat.

Bila saya tingkatan 2, ibu saya pindahkan saya ke sekolah tinggi di daerah saya menetap. Disebabkan itu sekolah menengah biasa, maka kawan-kawan saya pun bersaiz biasa. Tidak ramai yang bersaiz luar biasa seperti saya. Saya paling tidak suka masa hari sukan sebab perlu memakai baju sukan dan seluar. Dengan tubuh badan saya yang besar ketika itu, menambahkan lagi sifat malu saya.

Bila saya mula menjejaki university pada tahun 2006, berat saya adalah 80 kg. Semasa saya di tahun 3 (2009), ayah saya mencabar saya:

ANGAH, AWAK NAK JADI DOKTOR NAK NASIHAT ORANG JADI SIHAT. JADI AWAK LA YANG KENE SIHAT DULU

Oh rasanya seperti tercampak dan terpukul. Maka dari saat itu saya berazam untuk hidup secara sihat dan menurunkan BMI saya yang ketika itu mencecah obesity.

Obesity? Ya bukan overweight lagi. Dengan ketinggian saya 157cm, dan berat saya 80kg dan BMI saya adalah 32.5 saya dikira obese.

Jadi bermula tahun 2009. Saya mula berdiet tanpa sebarang produk dan ilmu.

 Dibawah ini adalah gambar-gambar saya masa 2008 dan 2009.



Gambar muka saya itu warnakan pink sebab saya seorang yang berwajah pink. Hehe.

Sebenarnya saya seorang yang pemalu, saya malu untuk ditatap oleh pembaca-pembaca sekalian, maka saya warnakan muka saya. Saya harap semua menghormatinya.

Terima kasih.

Memperkenalkan..

Salam.

Ok sebelum Hanis mula mencoret dengan lebih banyak di blog ini, Hanis nak memperkenalkan blog dan website yang menjadi inspirasi Hanis.

1. Kevin Zahri.

Kalau nak diet untuk turunkan berat badan, kita perlu ada ilmu tentangnya. Kalau nak naikkan berat badan, kita pun perlu ada ilmu tentangnya. Sebab itu saya rasa ebook dari Kevin Zahari adalah sangat bagus dan perlu dimiliki oleh sesiapa yang ingin berdiet tanpa produk. Tak mahal pun ebook ini dan ianya sangat berbaloi dan bermanfaat. Percayalah.

Kevin adalah seorang yang tidak asing lagi dalam dunia kesihatan. Kalau tak kenal siapa dia, boleh la masuk website dia dan baca tentang dirinya yang ditulis dengan panjang lebar disana.Kalau nak beli ebook boleh klik gambar disebelah.


2. Ummi Kalep

Mami, seorang blogger yang memiliki 2 orang anak yang super cute dan sangat comel kaletahnya, Khaleef dan Hasya. Hanis tak sengaja terjumpa blog ini semasa mencari info tentang Premium Beautiful (PB). Tapi Mami bukanlah seorang ejen PB.

Kalau nak ceritakan dari awal, Mami adalah orang yang menginspirasikan Hanis untuk berdiet semula. Kenapa berdiet semula? Ok nanti Hanis story mory dekat entry yang lain.

Blog Mami memang best. Hanis suka Kalep sebab Kalep petah bercakap. Hasya belum pandai cakap lagi. Dan tak sabar nak menanti Hasya membesar. Blog Mami ni kalau kita baca sampai habis, macam ada 3 dalam 1. Sebabnya dalam blog tu Mami tulis tentang progress diet dia, review drama korea dan kisah anak-anak dia.

Mami, Hanis suka la anak-anak Mami, hehe.

3. Dzulfikri Zulkifli

Penulis blog taknakgemuk.com ini juga seorang yang femes. Hanis sekarang berdiet menggunakan ilmu-ilmu yang dia kongsikan didalam buku dia yang bertajuk DIARI BAGAIMANA SAYA KURUS terbitan Mazni Irfan Publication.

Jadi dapatkan buku ini. Tak mahal pun bukunya. rm 19 sahaja. Boleh di dapati di MPH atau kedai buku yang berdekatan.

Haritu Hanis pergi ke MPH City Square, JB. Tapi bukunya dah habis. Rasa nak menangis juga la sebab gigih travel jauh-jauh dari kampung semata-mata nak beli buku tu. Tapi Alhamdulillah Hanis berjaya beli buku tu di Pustaka Azhar Larkin.

So cuba la ya cari buku tu. Sangat bagus dan bermanfaat untuk mereka yang berminat dengan Atkin Diet.




Bismillah..

Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin..

Akhirnya Hanis di ilhamkan oleh Allah untuk menulis di blog ini untuk berkongsi pengalaman berdiet tanpa produk.

InsyaAllah.