Followers

Thursday, July 12, 2012

Kenapa Kurus Tanpa Produk ?

Pertama-tamanya sekali saya ingin mengingatkan pembaca. Saya bukan penentang kepada produk-produk kurus di pasaran. Malah saya pernah menggunakannya. Tujuan saya mewujudkan blog ini adalah atas tanggungjawab saya sebagai pengamal perubatan yang ingin membawa semua warga Malaysia terutamanya Muslim untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mendapatkan berat badan yang ideal.

Sewaktu saya dijemput untuk memberi ceramah tentang Diet Rasulullah, saya tekan kan kepada para hadirin ketika itu:

KURUS TAK BERMAKNA SIHAT. SIHAT TAK BERMAKNA KURUS.

Jadi mentaliti seperti ini harus ditukar. Saya tak membawa para pembaca untuk terlalu obses menjadi kurus. Saya ingin membawa para pembaca blog saya untuk amalkan hidup secara sihat. Bila tubuh badan sihat dan mendapat berat yang ideal, kita jadi seronok untuk beribadah.

Silapnya kita sebagai muslim, bila kita dah kurus, kita mula pakai baju ketat di khalyak ramai. Baju yang selama ini bila kita gemuk kita tak mampu menyarunginya, jadi bila dah kurus kita seakan-akan melepaskan kegembiraan kita kepada satu dunia: HEY WARGA DONIAA, LIHATLAH AKU YANG BARU DAN SUDAH KURUS INI !

Saya tak kata anda. Baguslah kalau anda bukan begitu :)

Jadi sebagai Muslim, pertama sekali yang perlu dimatlamatkan adalah, KENAPA SAYA MAHU KURUS? KENAPA SAYA MAHU SIHAT?

Bukankah antara 10 sifat individu muslim itu adalah sihat tubuh badannya :)

Bila kita ada determination, matlamat yang jelas kita takkan mudah mengalah. Malah lebih berdisiplin. Dan tak perlukan coach pun untuk memantau kesihatan dan penurunan berat badan kita.

Dan pokoknya untuk turunkan berat badan atau naikkan berat badan, kita perlu ada ilmu. Ilmu yang boleh didapati daripada pembacaan atau seminar-seminar kesihatan. Antara buku-buku yang bagus saya dah promote di sini

Sekali lagi saya tekankan, saya bukan penentang MLM seperti aidid muaddib. Saya juga bukan penentang Herbalife, Premium Beautiful, Susu 1 alpha atau banyak lagi produk-produk untuk kurus dipasaran. Sebab saya pernah guna Herbalife, saya pernah guna Premium Beautiful, saya pernah guna losyen halia. Kalau anda pengguna barang-barang ini dan mahu terus menggunakannya, anda tersalah masuk blog. 

Saya cuma seorang pengamal perubatan yang suka untuk membimbing dan mengajak rakyat Malaysia untuk hidup secara sihat dan mendapatkan berat badan yang ideal. Berat saya pun masih belum ideal. Saya juga sedang ber Atkin diet sekarang. Jadi sebelum anda jumpa saya di hospital mengadu sakit jantung, darah tinggi, kencing manis atau apa-apa penyakit yang datang dari pemakanan yang salah, adalah lebih baik kita mencegahnya. Tak gitu adik, abang, kakak, pakcik, makcik, datuk, nenek ?

Tan Sri Puan Sri takpe, diaorang ada duit banyak nak kuruskan badan boleh beli produk2 denggan mudah atau pergi sahaja ke pusat perlangsingan badan. 

Kita rakyat biasa, pemakanan pun biasa. Jadi mari kita guna cara yang biasa tapi strategi yang luar biasa.

Harap jelas ya kenapa blog ini diwujudkan.

Dan satu lagi, produk yang dimaksudkan di blog ini adalah produk-produk untuk menguruskan badan. Kalau ada saya promote tentang supplement makanan kesihatan, jangan pula ada yang menghentam saya dan berkata : Aii, KATA NAK SIHAT TANPA PRODUK.

Jadi blog saya, kamus saya. Ini syarat yang perlu anda terima.

No comments:

Post a Comment